Sunday 1 May 2011

Sukarelawan Amal pada 14-15 Mei 2011 untuk Rumah Anak-anak Yatim

Pada tarikh 14 – 15 Mei 2011 Sabtu dan Ahad minggu kedua bulan Mei, kami akan mengadakan kutipan amal bagi mengumpul barang-barang untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim, keluarga yang kurang berkemampuan, golongan HIV dan AIDS, ibu tunggal, rumah orang-orang tua dan sebagainya.

Kami hanyalah terdiri daripada beberapa sukarelawan masyarakat yang mahu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada di luar sana, yang hidup didalam keadaan susah dan kurang bernasib. Acara ini dirancang untuk diadakan bagi  setiap bulan, kami akan membuat “road tour” kepada setiap rumah-rumah yang memerlukan bantuan. Kumpulan kami hanyalah terdiri daripada kumpulan yang kecil cuma beberapa orang sahaja, jadi dengan ini kami berbesar hati dan berharap agar anda yang berada di luar sana dapat bersama-sama dengan kami bagi melaksanakan usaha ini.

Kami akan mangadakan kutipan seperti barang-barang yang anda sudah tidak mahukan tetapi masih boleh di guna pakai. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit bolehlah diserahkan terus kepada rumah-rumah atau badan-badan yang memerlukan. Disepanjang lawatan kami kelak kami akan mengumpulkan maklumat-maklumat akaun bank untuk anda menberi sumbangan.

Sila maklumkan kepada pihak kami buti-butir maklumat anda sebelum 10 Mei 2011 dengan menghantar email, sms, atau hubungi kami ditalian 0133333445(En.Ahmad). Segala barang-barang untuk di dermakan boleh di kumpul dan bawa di “check point” yang bertempat di Ampang. Segala maklumat lanjut bolehlah di kemukakan kepada En. Ahmad.

1.Nama
2.No Tel
3.Umur
4.Alamat

Segala kutipan itu nanti akan disalurkan terus  kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sila bawa bersama barang-barang yang hendak disumbangkan sebelum tarikh 14 Mei 2011 atau sebelum tarikh tersebut. Sekiranya anda ingin mengikuti atau membantu kumpulan kami pada hari tersebut untuk membawa segala barang-barang yang akan disumbangkan/di sedekahkan anda semua dialu-alukan.


Diantara barang-barangnya adalah seperti:-

1.       Al-Quran / Muqaddam / Iqra / Rehal
2.       Pakaian Harian dan Sekolah ( Kanak-kanak / Bayi / Remaja Lelaki & Perempuan )
3.       Kasut Sekolah / Selipa Harian / Kapur Kasut Sekolah
4.       Buku-buku bacaan / Alat-alat tulis.
5.       Sabun Mandi / Sabun Basuh Baju / Shampoo / Ubat Gigi / Cermin / Sikat / dan lain-lain.
6.       Bantal / Selimut / Katil 2 tingkat / Tilam.
7.       Pampes untuk bayi dan kanak-kanak, botol susu.
8.       Sejadah / Telekung / Songkok dan sebagainya
9.       Bahan-bahan makanan kering (garam, gula, beras, teh, kopi, susu tepung, milo, bihun, maggi, biskut, rempah dan lain-lain)
10.   Bahan-bahan makanan basah / makanan dalam tin ( sardine, susu manis, mee, kicap dan sebagainya )

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI CADANGAN LAIN SILA KEMUKAKAN CADANGAN ANDA MELALUI EMAIL ANDA JUGA BOLEH MENDERMA BARANG-BARANG SELAIN YANG TERTULIS DIATAS.
“Harapan kami semoga acara dan usaha ini dapat berkembang dan berterusan”